Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 Main Menu
 Mengenai Kami
Papier Mache adalah sebuah kumpulan muzik dengan 7 orang anggota, termasuk pemain biola.

Mereka mencipta lagu-lagu mereka sendiri dalam 3 bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Kadazandusun.

Mereka telah saling mengenali sejak lebih 10 tahun lalu.

Mereka berasal dari Tamparuli, sebuah pekan di negeri Sabah.

--------------

Papier Mache is a 7-piece rock band, complete with violinist.

They write their own songs, in 3 languages: English, Malay and Kadazandusun.

Being childhood friends and in some ways related, the band has been around for the best part of 10 years.

They are based in Tamparuli, a small town in the state of Sabah, Malaysia.

--------------

Cyril "Kuak" Johnny: vocals
Gilbert "Ebert" Lajim: vocals, guitars, keyboards
Ezbon "Golib" Godomon: bass
Lawrence "Kimut" Sani: keyboards
Ferdinand "Nond" Seniong: guitars
Aldrianus "Ben" Francis: drums
James "Inson" Juanis: violin
 Blog
 
 Album kini di pasaran
Album Papier Mache kini dijual di kedai-kedai muzik sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Kuala Lumpur dan Johor.

Terdapat 10 lagu dalam 3 bahasa (6 Kadazandusun, 2 Bahasa Malaysia, 2 Bahasa Inggeris).



Untuk preview 5 lagu sila ke sini.

Untuk membaca review album sila ke sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mana-mana ahli Papier Mache berikut:

• Kuak, tel: 019-8088154, emel: oiyad@yahoo.com
• Ebert, tel: 016-8062031, emel: kasutbiru_co@yahoo.com.my
• Golib, tel: 013-8674262, emel: et_worshipper@yahoo.com
• Inson, tel: 016-8195330

 Berita Terkini
20-21 Disember 2008

Kami membuat "cover version" 2 lagu Krismas dari Indonesia yang popular pada tahun 1970an, "Hari Natal" dan "Selamat Hari Natal & Tahun Baru." Kedua-dua lagu ini telah berkumandang di SuriaFM bermula 23 Disember.

"Hari Natal"



"Selamat Hari Natal & Tahun Baru"



Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua!

6 Disember 2008

Kami membuat persembahan berikut di Dewan KDCA, Penampang sempena Malam Angugerah Pertisa 2008: medley 2 lagu versi "Dream Theatre": Nung Olingan Oku Dia & Stream, di hadapan beberapa ribu penonton termasuk Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan para artis & produser utama negeri, termasuklah Ahmad Angkee (vokalis D'Atomic Power), Asmin Mudin, Atama, Abu Bakar Ellah, Hain Jasli, Evaristus Gungkit, Kimin Mudin, Clarice J Matha, Ivye Alexandra, Lydia Kalidin, Benn S Bukag, Ateng, Danny Malinggi dan ramai lagi.

Kami satu-satunya "live band" yang membuat persembahan pada malam tersebut.

Ebert berada di Indonesia, tempatnya digantikan James Sami. Ben Francis digantikan oleh Dennis Umin.



26 November 2008

Kami membuat persembahan di satu event yang termasuk dalam kalendar pelancongan Sabah: Pesta Muzik Bambu di Tamparuli.

Berikut adalah video yg diambil semasa latihan utk event tersebut, lagu "Matai Patai Do Masi":






17 November 2008

Kami amat memerlukan sokongan anda!

Undian untuk Anugerah Pertisa 2008 bermula hari ini sehingga 29 November 2008. Ia diadili berdasarkan bilangan undi yang didapati melalui akhbar New Sabah Times.

Nota: Pertisa = Persatuan Artis Tempatan Sabah.

Lagu "Nung Olingan Oku Dia" dicalonkan dalam kategori "Lagu Paling Popular."

Cara mengundi (maklumat terperinci di blog Pertisa):

1. Beli/dapatkan surat khabar New Sabah Times yang asal (original). Salinan fotostat tidak diterima. Dapatkan seberapa banyak yang boleh dalam tempoh undian!
2. Pangkah pilihan anda menggunakan pena mata bulat
3. Kerat borang undian dan hantar ke alamat yang dinyatakan.

Seperti yang tertera dalam senarai di bawah (diambil dari blog Pertisa), ejaan lagu telah diperbetulkan:



Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan padu anda!

14 November 2008

Ebert, Golib, Kimut dan Nond ditemuramah secara live di RTM Sabah Vfm, 9.30 malam - 10.30 malam.

Audio:



4 November 2008

Lagu "Nung Olingan Oku Dia" dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular dalam anugerah Pertisa 2008, seperti dipaparkan di surat khabar New Sabah Times hari ini.

...malangnya ia dicetak sebagai "Nung Oilaan Ku."

Klik thumbnail di bawah untuk melihat saiz penuh:



23 Oktober 2008

Gambar Papier Mache terpapar sekali di New Sabah Times dalam artikel berkenaan Kadus Entertainment Star Studded Nite yang telah berlangsung pada 18 Oktober lalu.

22 Oktober 2008

Gambar Papier Mache terpapar di New Sabah Times dalam artikel berkenaan Kadus Entertainment Star Studded Nite yang telah berlangsung pada 18 Oktober lalu. Ala-ala artis Britrock?

18 Oktober 2008

Kami membuat persembahan berikut di New Pusakag Cafe, Penampang sempena Kadus Entertainment Star Studded Nite: medley 3 lagu versi akustik: Nung Olingan Oku Dia, Terima Kasih & Stream.



12 Oktober 2008

Artikel mengenai album dipaparkan di surat khabar New Sabah Times hari ini.

Klik thumbnail di bawah untuk melihat saiz penuh:



10 Oktober 2008

Setakat ini, prestasi jualan sangat memberangsangkan. Ada yang sampai kehabisan stok, dan sudah ada ura-ura penerbitan fasa kedua. Terima kasih atas sokongan anda semua!

9 Oktober 2008

Buat pertama kalinya, lagu "Terima Kasih" berkumandang di SuriaFM lebih kurang jam 7 pagi.

2 Oktober 2008

Baca apa kata Sikmading mengenai kami mengenai kami. Terima kasih!

25 September 2008

Frankly telah membina laman web Papier Mache fan club. Terima kasih Frankly!

22 September 2008

Terima kasih para bloggers kerana membantu kami membina "buzz". Setakat ini, selain daripada TJC Studio, saya melihat blog entry daripada dbos-fm dan kaitor. Terima kasih juga atas teguran membina dari kaitor.

21 September 2008

Artikel mengenai kami dipaparkan di surat khabar Daily Express hari ini. Ia terletak di mukasurat 4, dalam bahasa Inggeris.

Klik thumbnail di bawah untuk melihat saiz penuh:



17 September 2008

Dalam masa seminggu dari hari ini, iaitu pada 24 September 2008, dijangka album ini akan berada di kedai-kedai muzik di Sabah, Kuala Lumpur dan Johor. DJ Othoe (Suria FM) dijangka akan membuat pengumuman tentang album pada hari esok.

16 September 2008

Semua CD dan kaset telah sampai dari KL, diikuti proses memasang dan menyusun sendiri, yang selesai pada jam 1 pagi.

Album Papier Mache kini sedia untuk berada di tangan anda!

Sila hubungi mana-mana ahli Papier Mache berikut:

• Kuak : 0198088154
• Ebert : 0168062031
• Golib : 0138674262
• Inson : 0168195330

Papier Mache juga telah mengesahkan kehadiran ke 3rd Kadus Entertainment Star Studded Nite pada 18 Oktober di Pusakag Cafe, Donggongon, Penampang.

15 September 2008

Lirik lagu telah dimasukkan. Maaf ada lambat sikit.

11 September 2008

Wakil TJC Studio beritahu: Semua (CD, kaset, cover, cop tulin dsb) akan sampai pada Isnin akan datang.

Harga pasaran CD adalah RM23.90 dan kaset adalah RM13.50.

8 September 2008

Artikel "centrespread" mengenai kami dipaparkan di New Sabah Times hari ini. Klik setiap thumbnail di bawah untuk memaparkan saiz penuh:

Muka 1:



Muka 2:



3 September 2008

Hampir setiap hari lagu "Nung Olingan Oku Dia" (single) kini berkumandang di SuriaFM. "Raw version" lagu ini ada di youtube.

Tadi artikel dan gambar kami baru dihantar kepada LP Raphiel Pinus untuk suratkhabar.

Papier Mache di blog TJC Studio: http://tjcts.blogspot.com/2008/08/papier-mache.html

RTM Sabah, here we come...

Berita lain

Sila lawat blog kami.
 Gambar Terkini
Violin - bass duel? (2008/12/8)
Violin - bass duel?
Triple attack (2008/12/8)
Triple attack
Den onstage - the m... (2008/12/8)
Den onstage - the m...
Rehearsals 1 (2008/12/8)
Rehearsals 1
Papier Mache table (2008/12/8)
Papier Mache table
Papier Mache entour... (2008/12/8)
Papier Mache entour...
Kuak onstage (2008/12/8)
Kuak onstage
Kuak and James Sami... (2008/12/8)
Kuak and James Sami...
Kuak making red car... (2008/12/8)
Kuak making red car...
Kuak and James Sami... (2008/12/8)
Kuak and James Sami...
© 2005-2008 Pinolobu Ent